5 Oct 2012

Pilih Warnamu

Assalamualaikum...

Ramai budak pompuan yang suka warna lembut lembut like pink, purple and bla3.... Yang pasti warna yang lebut gitu. Macam sangat ayu. Tapi ada gak yang suka warna terang like hijau tua, coklat macam coklat bar tu, and bla3 too. Kalau orang laki, mungkin lah kan mungkin, suka warna yang tampak garang. Eley bajet macho hahaha! Konklusinya, semua orang ada warna kegemaran. Tak kira la dia tu pompuan ke laki ke pondan ke tomboy ke ragu-ragu jantina ke apa ke. What is important, the colour!

Colour represents the personality of the person. Jadi aku nak bawak korang melayari bahtera warna sambil  mengetahui apa yang tersirat di sebalik warna itu. Celikkan mata anda kerana kita akan bergerak sangat. Peshiuuung ~

semua warna ni ada maknanya :P
Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan. 

Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu.

Merah
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

Tapi tak semestinya semuanya betul. Anggap je perkara ni untuk suka-suka. Don't take it personally. Kengkadang out terus daripada sifat korang walaupun korang suka warna tu. Haha aku pun gelak sendiri baca ciri-ciri dia... Enjoy 

p/s : nak periksa dah ni tapi nak update jugak, nak jugak, nak jugak!!! haha. bye!

e-class menaip :
Wani K

7 comments :

Nurul Yasmin said...

Tgk purple, tgk purple.. auuu..

Syazwani Khirizan said...

Nguah3... meluat cek tau ark.. haha.

Nurul Yasmin said...

Luar biasaa bakk hgg XD

Syazwani Khirizan said...

hesh, tolonglah min. jangan perasan, wakaka! ;p

Farhan Hasanah said...

No pink meh? hahahaha k.

.FhaeLicious. said...

No pink meh? hahahaha k ._.

Syazwani Khirizan said...

hahaha.. pink taktau laa... aku amik yang ringkas jee. (Y)